Cyprus Healthcare Press
SEE OTHER BRANDS

Fresh news on health and wellness in Cyprus

Curia Melabur AS$4 Juta untuk Mempertingkat Pengeluaran API Steril

ALBANY, N.Y.,, Oct. 27, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- Curia Global, Inc. (Curia), sebuah organisasi terkemuka dunia dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan bertaraf global, hari ini mengumumkan penyempurnaan pelaburan sebanyak AS$4 juta bagi menaik taraf dua suite aseptik API miliknya di Valladolid, Sepanyol. Pelaburan ini sejajar dengan piawaian terkini EU GMP Annex 1 dan mengukuhkan komitmen jangka panjang Curia terhadap kecemerlangan kawal selia dan kualiti produk. Annex 1 menyediakan panduan umum untuk reka bentuk dan kawalan kemudahan, peralatan, sistem dan prosedur yang digunakan dalam pengeluaran semua produk steril, dengan menerapkan prinsip Pengurusan Risiko Kualiti (QRM) bagi mencegah pencemaran mikrob, zarah dan endotoksin dalam produk akhir.

Peningkatan ini menyokong pemodenan infrastruktur dan teknologi di Valladolid. Curia telah menggunakan alat inovatif untuk memanfaatkan peluang baharu hasil daripada pemahaman proses yang dipertingkat. Sebahagian besar pelaburan telah diperuntukkan untuk mengemas kini peralatan di fasiliti tersebut, termasuk pemasangan isolator baharu serta pemodenan sistem HVAC, panel farmaseutikal, automasi, pensterilan di tempat dan utiliti am. Peralihan kepada sistem tertutup sepenuhnya merupakan pemacu utama bagi naik taraf ini, dengan matlamat untuk menyokong keselamatan proses dan produk serta mencegah pencemaran mikrobiologi di setiap peringkat pengeluaran. Selain itu, penambahbaikan dari segi ergonomik untuk pengendali turut menjadi faktor penting dalam meningkatkan keselamatan operasi, bersama dengan pelaksanaan kawalan automatik tambahan selaras dengan dasar integriti data yang lebih ketat seperti yang digariskan dalam 21 CFR Bahagian 11.

“Kualiti dan pematuhan adalah teras kepada cara kami beroperasi,” kata Philip Macnabb, Ketua Pegawai Eksekutif Curia. “Keperluan baharu Annex 1 sejajar dengan pendekatan proaktif kami terhadap kawalan kualiti. Kami sentiasa berusaha untuk memberikan tahap jaminan tertinggi kepada pelanggan dalam aspek pematuhan dan keupayaan kami untuk menghasilkan API steril berkualiti tinggi pada skala besar. Pelanggan bergantung kepada kami untuk kebolehpercayaan, ketepatan dan kepercayaan. Dengan penambahbaikan di Valladolid ini, mereka boleh yakin bahawa kami akan terus melabur lebih awal daripada arah aliran industri sambil bekerjasama dengan mereka untuk membawa produk ke pasaran.”

Naik taraf di Valladolid adalah hasil daripada penilaian menyeluruh di seluruh rangkaian global Curia bagi mengenal pasti peluang penambahbaikan yang berkaitan dengan keperluan baharu Annex 1. Penilaian ini merangkumi prosedur, peralatan, utiliti, kelayakan dan pengesahan untuk membangunkan penyelesaian yang disesuaikan bagi setiap fasiliti serta menangani sebarang aspek yang boleh dioptimumkan.

Rangkaian pembuatan aseptik API global Curia telah memberikan perkhidmatan kepada pelbagai portfolio pelanggan di seluruh dunia selama lebih 20 tahun. Pelaburan ini meletakkan syarikat dalam kedudukan kukuh untuk menyokong projek pengeluaran yang semakin kompleks, sambil memperkukuh komitmennya dalam menyampaikan ubat-ubatan yang mengubah kehidupan dengan kualiti dan kebolehpercayaan yang tiada kompromi.

Perihal Curia
Curia merupakan sebuah organisasi penyelidikan, pembangunan dan pengilangan kontrak (CDMO) dengan lebih 30 tahun pengalaman, rangkaian bersepadu bagi lebih 20 tapak global dan kira-kira 3,200 orang pekerja yang bekerjasama dengan pelanggan biofarmaseutikal untuk membawa terapi yang mampu mengubah kehidupan. Tawaran kami tersedia dalam bentuk molekul kecil, API generik dan biologi merangkumi penemuan melalui pengkomersialan, dengan keupayaan pengawalseliaan, analitikal dan kemasan isian bersteril yang bersepadu. Pakar saintifik dan proses kami serta fasiliti kami yang keperluan kawal selia, menyediakan pengalaman terbaik dalam kelasnya merangkumi pengilangan bahan aktif farmaseutikal serta produk ubat-ubatan. Kami menjayakan setiap langkah, daripada rasa ingin tahu hinggalah mengubati, untuk mempercepatkan penyelidikan anda dan menambah baik kehidupan pesakit. Layari kami di curiaglobal.com.

Hubungan Korporat:
Viana Bhagan
Curia
+1 518 512 2111
corporatecommunications@CuriaGlobal.com

Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions